SEPATAH KATA PENGETUA                     

Para guru dan pendidik yang dihormati sekalian,                     
Assalamualaikum wr.wb

Saya ingin memanjatkan kepujian dan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya telah membawa kejayaan pembinaan Laman Web Sekolah ini.

Sesungguhnya laman web ini sekadar pedoman dan rangka kasar dalam kontek sekolah ini. Sesungguhnya saya amat mengharapkan agar semua guru dapat melakukan/melaksanakan lebih jauh dari apa yang dijangka dan digariskan. Tunjukkanlah

Kreativiti, Kepakaran, Keilmuan dan Pengalaman yang ada pada guru-guru yang telah menimba ilmu dipusat-pusat pengajian/latihan. Inilah medan sebenar guru-guru menunjukkan bakat,. Sifat tanggungjawab, komitmen serta keikhlasan menunaikan IKRAR perjawatan kita demi kemajuan agama, bangsa dan negara. Laksanakanlah tugas dan tanggungjawab dengan sebaik mungkin kerana Perjuangan Kita Belum Selesai.  

Justeru itu, saya amat mengharapkan semua guru dapat memanfaatkan laman web ini sebaik mungkin. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Jawatankuasa Laman Web Sekolah serta guru/staf yang terlibat dalam usaha penerbitan laman web ini.

Sekian, wassalam dan terima kasih semoga Allah SWT memberkati segala kerja dan niat baik kita.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

“ ILMU STRATEGIK JAYA “      

Salam hormat,

(HJ.MAHMAD NOR B. SEMAN)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Kandis,
16310 Bachok, Kelantan.