PROFIL  SEKOLAH                 

                            

                     

         anibilliard_yellow_1.gif   SMK Kandis telah dibina pada tahun 1990 di atas tapak seluas
                17.8 ekar.
         anibilliard_yellow_1.gif    Memulakan sesi Persekolahan pada  1 Disember 1992
         anibilliard_yellow_1.gif    Mempunyai tiga blok bangunan tiga tingkat yang    
                 mengandungi 24 bilik darjah.
         anibilliard_yellow_1.gif    Bilangan pelajar sesi 1992/93 hanya seramai 157 orang
                  (Pelajar tingkatan 1 dan 2 dari SMK Badak)
         anibilliard_yellow_1.gif   Pengetua Pertama ialah Tn.Hj. Muhamad bin Ismail
                 (Dis 1992 – Oktober 1995)

 

        

                                                                    

             ILMU STRATEGIK JAYA

        SMK Kandis sentiasa bersedia menggalakkan setiap orang pelajar
        memperolehi ilmu dengan sempurna dan cemerlang untuk menjadi insan
        yang berminda tinggi, berakhlak mulia, berketrampilan dan bertakwa.
        Para pelajar yang berilmu bukan sahaja mempunyai sifat-sifat daya saing
        yang tinggi, tetapi juga dapat mengikuti arus globalisasi dan teknologi
        maklumat,justeru, mereka akan berkemampuan membawa kesejahteraan
        terhadap diri sendiri,keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara
 

            
 
        Semua pelajar berpontensi menjadi insan berminda tinggi, berakhlak mulia
        dan berketrampilan seandainya  mereka mendapat pendidikan sempurna
        daripada guru, ibu bapa dan persekitaran.

            

                     

          Bahawasanya kami warga pendidik di SMK Kandis berikrar untuk
        menjalankan tugas dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan bagi 
         merealisasikan wawasan pendidikan untuk melahirkan warga yang
        cemerlang berteraskan budaya ilmu,budaya penyayang dan budaya
        cemerlang selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara
        dan cabaran Wawasan 2020.